Monthly Archives: May 2011

Persepsi terhadap seni

Menonton drama, yang dipilih dengan baik, dan ketika menonton kita menjaga diri dengan baik, perkara ini saya fikir tidak salah.

Pertamanya, pembikin drama atau apa-apa karya seni pasti punya mesej yang ingin disampaikan. Kedua, pasti mereka juga punya tujuan yang ingin dicapai melalui karya yang dihasilkan, sama ada untuk diri-sendiri atau untuk penonton. Oleh sebab itu, kita sebagai penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang harus bertindak dengan bijak apabila menilai sesuatu karya seni.

Karya seni ialah sesuatu yang subjektif. Persepsi yang diberikan oleh setiap individu pasti berbeza. Begitu juga dengan penerimaan oleh setiap individu, ada juga perbezaannya.

Continue reading

Comments Off on Persepsi terhadap seni

Filed under Seni & Sastera

Tujuan penceritaan di dalam Al-Quran

Kisah-kisah di dalam Al-Quran merupakan kisah yang terbaik. Allah menceritakan kisah-kisah ini bukanlah sekadar pengisahan seperti kisah-kisah penglipur lara. Banyak rahsia yang tersembunyi di sebalik kisah-kisah ini yang hanya dapat kita cungkil dengan tadabbur dan penelitian yang mendalam.

“Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.” Surah Yusuf: 3

Teknik penyampaian pengajaran melalui kaedah bercerita sebenarnya akan lebih sampai ke dalam hati. Hal ini kerana segala teori dan pengajaran yang ingin disampaikan telah dipaparkan secara realiti melalui watak dan peristiwa yang diceritakan.

Continue reading

2 Comments

Filed under Islam

Shiroi Haru (White Spring)

Ada tiga jenis bapa yang ditonjolkan di dalam drama ini. Pertama, seorang bapa yang meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Dia meninggalkan anaknya sejak kecil demi kepentingan diri sendiri.

Kedua, seorang bapa yang berusaha menjadi bapa yang terbaik dan menunaikan segala tanggunjawabnya. Namun begitu, dia sebenarnya sedang menyempurnakan tugas orang lain kerana dia bukanlah bapa yang sebenar.

Ketiga, seorang bapa yang tidak dapat untuk menjadi seorang bapa kerana kesilapannya yang lalu tetapi dia ingin sekali menebus kesilapannya.

Continue reading

Comments Off on Shiroi Haru (White Spring)

Filed under Seni & Sastera