Monthly Archives: January 2011

Interlok

Isu yang menarik minat saya baru-baru ini ialah karya sasterawan kesayangan saya yang dijerumuskan ke dalam kancah politik Malaysia yang kelam-kabut.

Karya tersebut ialah novel Interlok tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Karya ini telah dituduh oleh segelintir kaum India sebagai menghina kaum mereka.

Saya tidak berani untuk komen dengan lebih lanjut tentang isu ini. Namun, sedikit kerisauan wujud dalam diri apabila melihat betapa runcingnya situasi di Malaysia kerana hinggakan sekecil-kecil perkara pun boleh dijadikan isu yang besar.

Tidak tahulah apakah lagi yang bakal mendatang pada masa hadapan nanti. Apakah lagi isu yang bakal dimainkan oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik masing-masing. Dan apakah kesudahan yang bakal didepani oleh rakyat ini dalam keadaan sebegini?

Continue reading

1 Comment

Filed under Seni & Sastera

Industri seni negara ini tercemar

Saya terbaca sebuah artikel di dalam akhbar utusan Malaysia hari yang membicarakan tentang garis panduan yang ditetapkan oleh TV AlHijrah untuk setiap karya yang akan disiarkan di saluran itu.

Sudah pastinya garis panduan itu berlandaskan kehendak syariah, dan setakat ini pada pengetahuan saya, antara garis panduannya ialah tidak dibenarkan untuk memaparkan adegan pelakon lelaki menyentuh pelakon wanita walaupun kedua-duanya membawa watak suami isteri.

Pada pendapat saya, hal ini ialah sesuatu yang sangat positif. Kita sendiri dapat lihat dalam era industri seni yang penuh dengan pencemaran syarak ini, perkara inilah sebenarnya yang mengikut arus yang telah ditetapkan oleh agama Islam.

Namun begitu, bagi mereka yang bergelumang dengan dunia seni, perkara ini adalah sangat asing kerana belum pernah dilakukan terutamanya di negara ini. Malah, mereka mendakwa ini ialah ‘cabaran’ buat mereka. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa melanggar batas agama ini ialah suatu kebiasaan dalam dunia seni.

Continue reading

Comments Off on Industri seni negara ini tercemar

Filed under Seni & Sastera