Patah balik

Semalam telah berlaku proses penggulingan kuasa oleh golongan pembangkang yang tidak menyukai Islamis melibatkan diri dalam percaturan pemerintahan di Mesir. Penggulingan ini telah dibantu oleh tentera.

Rata-rata masyarakat yang neutral pasti akan berasa pelik dengan situasi ini kerana sudahlah menyalahi prinsip demokrasi yang dianuti mereka, tindakan itu seperti memaparkan kecetekan pemikiran sebahagian masyarakat Mesir dalam membezakan perkara yang baik untuk negara mereka.

Kebetulan, hari ini saya mendengar satu kisah daripada seorang rakan rapat saya Abdullah tentang pengalamannya berinteraksi dengan salah seorang daripada rakyat negara ini.

Kisahnya mengukuhkan lagi betapa ceteknya pemikiran mereka.

Rakan saya ini baru menyelesai urusannya di pejabat imigresen berkaitan visanya kerana dia akan pulang ke Malaysia. Selepas selesai urusannya itu, dia harus ke universiti pula untuk menyudahkan urusan lain dan dia menahan teksi untuk ke sana.

Akhir-akhir ini, disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi yang melanda negara ini kerana pelbagai krisis, kebanyakan pemandu teksi akan mengambil peluang untuk mengecaj tambang sebanyak LE5.00 sedangkan sebelum ini, untuk ke universiti daripada pejabat imigresen hanya dicaj sebanyak LE3.00.

Abdullah, tabiatnya ialah dia tidak akan memulakan bayaran dengan harga yang tinggi. Biasanya dia akan membayar LE3.00 dahulu. Jika pemandu itu meminta lagi bayaran tambahan, baru dia akan menghulurkan baki.

Pada hari ini, Abdullah tidak mahu tunduk pada sifat oportunis pemandu teksi itu, dia mempertahankan keegoannya. ٍSebaik sahaja sampai di universiti, pemandu teksi itu meminta bayaran sebanyak LE5.00 dan Abdullah berkeras hanya ingin membayar hanya LE3.00. Berlaku sedikit perbalahan kecil dan masing-masing ingin mempertahankan hak mereka.

Pemandu teksi itu sangat bengang dan dia tidak mahu menerima bayaran sebanyak LE3.00. Dia mengugut jika Abdullah berkeras juga tidak ingin membayar sebanyak LE5.00, dia akan menghantarnya semula ke pejabat imigresen, tempat mula-mula Abdullah menahan teksinya.

Abdullah tidak kisah. Lalu, teksi itu sanggup menghantar semula Abdullah ke pejabat imigresen itu kerana dia tidak mahu menerima bayaran selain LE5.00. Dari situ, Abdullah menahan teksi lain untuk ke universiti dengan bayaran LE4.00. Teksi yang mula-mula tadi tidak mengambil apa-apa bayaran.

Barangkali dalam situasi ini,  pemandu teksi itu menganggap dia telah menang kerana dia dapat menghantar semula Abdullah yang tidak mahu membayar mengikut kehendaknya ke tempat asalnya .

Apabila Abdullah menceritakan kepada saya kisah ini, saya berkata, “Memang orang Mesir ini pendek akal, tak reti berfikir. Sanggup dia patah balik ke tempat asal demi egonya?”

Mesir, Mesir… Selepas penggulingan kuasa ini berlaku, saya lihat rakyatnya bergembira kerana dapat menumbangkan seorang pemimpin sebaik M.o.r.s.i. disebabkan pelbagai alasan.

‘F.u.l.u.l.’ (pemimpin zaman M.o.b.a.r.a.k.) telah mula diberi kembali posisi asal mereka. Mereka dilihat sebagai wira. Terbongkar wajah khianat seorang demi seorang.

Dan barangkali rakyat menganggap mereka telah menang.

“Sanggup mereka patah balik ke keadaan asal.”

PS: Jangan pelik dengan orang Mesir. Kalau buruk mereka antara yang paling pelik, kalau baik mereka antara yang paling unik.

Advertisements

2 Comments

Filed under Uncategorized

2 responses to “Patah balik

  1. Nice.. first time buka blog enta.. hehe