Mencipta motivasi

Mencipta motivasi dalam diri bukanlah sesuatu yang mudah. Pertama sekali, diri harus bermotivasi untuk mencipta motivasi. Barulah mampu diri itu untuk mencipta motivasi.

Buatlah motivasi dengan pakar motivasi terhebat sepanjang zaman pun, kalau diri tak nak dimotivasikan, tidak akan berlaku apa-apa pun.

Namun begitu, kita kena terima, tanpa mampu untuk menafikan bahawa motivasi sangat penting bagi membentuk individu muslim yang unggul.

Individu yang sentiasa positif dalam menghadapi segala macam jenis peristiwa dalam hidupnya. Individu yang sentiasa yakin bahawa dia mampu untuk melakukan apa-apa pun. Individu yang yakin, bahawa tiada yang mustahil kalau dia sentiasa berusaha.

Tidak dilupakan, iringan doa pada Allah Taala.

Jika kita katakan bahawa diri kita boleh, kita pasti akan mampu untuk melakukannya. Kita punya impian, kita harus memelihara impian itu. Kita harus berusaha untuk mencapai impian itu.

Biarkan apa yang orang kata. Mereka tidak mampu melakukannya, dan mereka ingat kita juga tidak mampu seperti mereka. Biarkan mereka.

Kita boleh! Insya Allah…

Advertisements

Comments Off on Mencipta motivasi

Filed under Inspirasi

Comments are closed.