Bagaimana kalau…

Apabila melihatkan cara fikir masyarakat, ketika pilihan raya semakin dekat ini, saya terkenang satu peristiwa yang pernah dialami beberapa tahun dahulu. Sebenarnya, bukan saya yang mengalaminya. Saya sekadar memerhatinya.

Ketika di dalam satu kelas agama, seorang ‘ustaz’ sedang menjelaskan isu ikhtilat. Beliau menjelaskan tentang larangan lelaki dan perempuan berdua-duaan walaupun antara pensyarah dengan pelajar.

Jelas.

Tiba-tiba, ada seorang pelajar perempuan mengangkat tangan.

“Ustaz, bagaimana kalau…,” pelajar itu menggambarkan satu situasi yang menyebabkan berlaku berdua-duaan.

Ustaz tersebut memberi jawapan tetap tidak boleh. Kena tetap usaha elak daripada berdua-duaan.

“Ustaz, bagaimana kalau…,” pelajar perempuan itu mencelah lagi. Dia memberikan situasi lain pula yang membawa kepada situasi terpaksa berdua-duaan juga antara pelajar dan pensyarah berlainan jantina.

Ustaz itu memberikan lagi penjelasan dan cadangan penyelesaian. Di samping menegaskan larangan tadi.

“Ustaz, bagaimana kalau…,”

Ustaz tersebut menghidu sesuatu.

“Kalau begitu, ini jawabnya!” jawab ustaz itu sambil menunjukkan penumbuk.

Menurutnya, pelajar itu seperti sengaja bertanya dan mencipta situasi supaya akhirnya beliau mengeluarkan pendapat yang membenarkan ikhtilat.

Pada saat ini, polemik ‘bolehkah undi calon bukan muslim jika bertanding dengan muslim’ sedang hangat dibincangkan.

Kebanyakan masyarakat seperti berpuas hati apabila ada agamawan yang membolehkan hal ini. Apabila ada yang mengatakan tidak boleh, pelbagai label diberikan.

Secara peribadi, saya bukan ahlinya untuk mengatakan boleh atau tidak boleh. Sejujurnya, apabila membaca hujah yang dibentangkan oleh ahli dalam bidang ini, saya memahami asasnya ialah tidak boleh, dan kebolehan ialah suatu pengecualian bersyarat seperti yang telah digariskan oleh ulama.

Saya bukan hendak membincangkan tentang hukum. Jika anda ingin lebih jelas memahami isu ini, anda boleh baca sendiri.

Saya bangkitkan cerita di atas supaya kita sama-sama kaitkan kisah ini dengan situasi kita sekarang, tentang satu sikap yang dianuti oleh kebanyakan orang, sikap masing-masing terhadap hukum-hakam agama.

Sejauh mana kita menurut hawa nafsu dalam mematuhi perintah agama.

Adakah kita hanya mematuhi hal yang kena dengan jiwa sahaja, mana-mana yang tidak kena, tidak sanggup diikut?

Adakah kita mengikut syariat atau syariat yang mengikut kita? Kita berjalan mengikut jalan raya atau jalan raya yang kena ikut kita?

Adakah kita berusaha mencari dalil Al-Quran dan hadis untuk membenarkan perbuatan kita; atau kita membuat sesuatu berdasarkan apa-apa yang disuruh oleh Al-Quran atau hadis?

Tepuk dada, tanya iman.

Yang menjadi masalahnya, apabila iman cacat…

__________

Boleh rujuk di bawah semua pautan yang berkaitan.

1) Video pandangan Dr Zaharuddin tentang undi calon bukan islam.
http://www.youtube.com/watch?v=f3PFVD12OzI

Jawapan ustaz Fauzi Asmuni kepada pendapat Dr Zaharuddin Abd Rahman berkenaan video beliau.
http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/menjawab-fatwa-dr-zaharuddin/

2) Jawapan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman setelah Ustaz Fauzi respon pendapatnya di dalam video sebelum ini.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506193222775655&set=a.150531635008484.31197.100001549468588&type=1

Respon Dr Aznan Hasan, ketua majlis ulama Isma kepada Al-Fadhil Dr. Zaharuddin terhadap responnya kepada penulisan ustaz Fauzi.
https://www.facebook.com/notes/aznan-hasan/respon-saya-terhadap-status-facebook-dr-zaharuddin/380417608740845

3) Ramai yg menggunakan hujah Al-Qardhawi bagi membenarkan undi calon non-muslim. Pandangan dan kajian yang dibuat oleh Dr Aznan, ketua majlis ulama ISMA tentang hal ini.
http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/sheikh-dr-yusuf-al-qaradhawi-dan-isu-pengundian-non-muslim-di-dalam-pilihanraya/

4) Pandangan ustaz Anhar Opir berkenaan calon muslim vs non-muslim.
http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/jawapan-kepada-tulisan-ustaz-anhar-opir/

Jawapan dan pandangan ISMA terhadap tulisan ustaz Anhar Opir berkenaan mengundi calon non-muslim.
http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/jawapan-kepada-tulisan-ustaz-anhar-opir/

5) Video perbentangan kertas kerja tentang “Kefardhuan Mengundi Calon Muslim Berwibawa” ketika muzakarah ulama yang di anjurkan oleh majlis ulama ISMA.
http://www.youtube.com/watch?v=OE261-RG_lo

Video “Perbincangan Muzakarah Ulama Kefardhuan Mengundi Calon Muslim Berwibawa” ketika muzakarah yg di anjurkan oleh majlis ulama ISMA.
http://www.youtube.com/watch?v=28lucuFXAsE

Advertisements

3 Comments

Filed under Pendapat

3 responses to “Bagaimana kalau…

  1. suhailsufian

    OK, post ini patut disebarkan!

  2. suhailsufian

    Reblogged this on sthrnnt – mengapa hidup,jika statik and commented:
    Pandangan etos dalam isu politik !

  3. JIWA HAMBA

    Reblogged this on jiwa hamba.