Category Archives: Uncategorized

Rich Dad Poor Dad

Punca utama kepada masalah kewangan ialah kelemahan individu dalam ilmu pengurusan kewangan. Perkara ini yang diterapkan oleh Robert T. Kiyosaki di dalam buku beliau Rich Dad Poor Dad. Beliau cuba untuk menanam kesedaran tentang kepentingan pendidikan kewangan (financial education) ke dalam diri pembaca untuk menjana kecerdikan tentang kewangan (financial intelligence).

Perkara ini tidak dapat untuk diperoleh di sekolah kerana pendidikan di sekolah menurut beliau hanya akan membentuk para pelajar menjadi seorang pekerja makan gaji, yang bekerja untuk memperoleh wang bagi membayar keperluan dan kehendak hidup. Perkara ini juga tidak didedahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak di rumah kerana ibu bapa sendiri mempunyai pemikiran yang menginginkan anak-anaknya belajar bersungguh-sungguh di sekolah supaya mendapat gred yang bagus dan mendapat kerja yang bagus. Ibu bapa sendiri tidak mempunyai kemahiran pengurusan kewangan dan anak-anak belajar kelemahan ini daripada mereka. Robert menggelar ibu bapa seperti ini sebagai poor dad.

Menurut Robert, dia berpeluang mengenali ayah kepada seorang rakannya yang telah mengajar mereka satu ilmu dan bentuk pemikiran berbeza daripada poor dad. Beliau menggelarnya sebagai rich dad, dan segala ilmu tentang kewangan dan ekonomi yang dikongsikan oleh beliau di dalam buku ini merupakan idea yang diperoleh oleh beliau semenjak kecil daripada rich dad ini.

Pengajaran pertama yang sangat menarik ialah orang kaya tidak bekerja untuk wang, tetapi wang yang bekerja untuk mereka. Hal ini memang sangat bertepatan dengan situasi sekarang. Rata-rata masyarakat seluruh dunia sememangnya bekerja untuk mendapat wang, kemudian wang itu habis begitu sahaja dengan pelbagai jenis cukai dan hutang serta pembelian keperluan dan kehendak. Perkara itu menjadi kitaran hidup yang menyebabkan status kewangan masing-masing tidak meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Lantas masyarakat bekerja dengan lebih keras menyangkakan dengan kerja keras mereka akan mendapat wang lebih dan wang itu akan menyelesaikan masalah mereka. Malangnya, hal itu tidak pun berlaku. Menurut Robert, masyarakat sebenarnya tidak menyedari bahawa kurangnya pengetahuan tentang pengurusan kewangan merupakan punca kepada masalah ini. Punca utama bagi kemiskinan dan pergelutan kewangan ialah ketakutan dan kejahilan seorang manusia, bukannya disebabkan oleh ekonomi atau kerajaan atau orang kaya.

“Jangan biarkan wang yang menjalankan hidup anda,” pesan beliau kerana manusia terlalu dikawal oleh sifat tamak lantas kehidupan mereka sangat dipengaruhi oleh wang. Menurut beliau, ketakutan dan kerakusan boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam perangkap kehidupan yang terbesar jikalau individu itu tidak mengawal pemikirannya.

Pekerjaan dan makan gaji merupakan merupakan sekadar penyelesaian jangka pendek bagi sebuah penyelesaian jangka panjang. Untuk menjadi seorang yang kaya, seseorang itu harus memikirkan cara untuk membuat duit, dan kemudian duit itu bekerja untuk individu tersebut. Ketika itu, individu itu tidak lagi perlu untuk bekerja kerana dia telah mencapai satu peringkat yang digelar kebebasan kewangan.

Isu yang harus diberi perhatian ialah bukannya berapa banyak wang yang dihasilkan kerana isu sebenar ialah berapa banyak wang yang mampu disimpan. Kecerdikan akan menyelesaikan masalah dan menghasilkan wang. Wang tanpa kecerdikan tentang kewangan akan menyebabkan wang itu segera lesap. Jika ingin menjadi kaya, seseorang itu harus celik kewangan. Seseorang itu harus tahu perbezaan antara aset dan liabiliti dan dia harus membeli aset kerana orang kaya mengumpul aset orang miskin dan kelas menengah mengumpul liabiliti yang disangkanya sebagai aset. Aset ialah sesuatu yang memenuhkan poket seseorang dengan wang manakala liabiliti ialah sesuatu yang mengambil wang daripada poket seseorang.

Comments Off on Rich Dad Poor Dad

Filed under Uncategorized

Patah balik

Semalam telah berlaku proses penggulingan kuasa oleh golongan pembangkang yang tidak menyukai Islamis melibatkan diri dalam percaturan pemerintahan di Mesir. Penggulingan ini telah dibantu oleh tentera.

Rata-rata masyarakat yang neutral pasti akan berasa pelik dengan situasi ini kerana sudahlah menyalahi prinsip demokrasi yang dianuti mereka, tindakan itu seperti memaparkan kecetekan pemikiran sebahagian masyarakat Mesir dalam membezakan perkara yang baik untuk negara mereka.

Continue reading

2 Comments

Filed under Uncategorized

Cakap biar serupa bikin

Dunia sedang hangat dengan tragedi berdarah konvoi kemanusiaan Flotilla Gaza. Dulu pernah hangat sekali seperti ini. Mudah-mudahan berterusanlah kehangatannya.

Tergelak apabila membaca kartun ini. Harap-harap tidaklah menjadi seperti ‘brader’ ini.

Sumber: Azaarts.com

Comments Off on Cakap biar serupa bikin

Filed under Uncategorized

Resah Separuh Dekad

Hari ini ialah 2 Oktober 2009. Sudah genap 4 tahun saya berada di Mesir semenjak 2 Oktober 2005. Persoalannya, setelah 4 tahun melalui kehidupan di Mesir, bumi berkat dan penuh rahmat ini, apakah cukup bekalan pengalaman yang telah saya bungkus untuk dibawa ke Malaysia nanti?

Selanjutnya…

9 Comments

Filed under Uncategorized