Category Archives: Sejarah

Legasi penjajahan

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam tulisan beliau yang bertajuk “Kristianisasi: Kebebasan bersuara atau penjajahan” telah mempersoalkan tentang sesuatu yang kita lihat pada permukaannya seperti biasa-biasa sahaja, namun penelitian yang dalam dan pengandaian segala kemungkinan haruslah turut disertakan dalam pemerhatian kita terhadap isu ini.

Islam ialah agama yang sentiasa bertoleransi dengan agama lain. Tiada paksaan untuk menganut agama Islam. Namun, toleransi itu tidaklah harus sampai ke tahap kita terlampau bersangka baik dengan mereka dan membiarkan segala aktiviti mereka.

Continue reading

Comments Off on Legasi penjajahan

Filed under Islam, Sejarah

Srebrenica Inferno

Thank you to brother Mohamed Attia for the translation of this beautiful song…

Srebrenica Inferno (Hell)

Mother, mother, I still dream of you
Sister, brother, I still dream about you every night
You’re not here …
I’m searching for you …
Wherever I go, I see you
Mother, father, why aren’t you here

My Bosnia, you’re my mother
My Bosnia, I’ll call you my mother
Bosnia mother, Srebrenica sister
I won’t be alone

Comments Off on Srebrenica Inferno

Filed under Sejarah

Srebrenica

Rupa-rupanya, semalam sudah 16 tahun berlalunya peristiwa berdarah genosid Srebrenica. Lebih 8,000 nyawa telah dikorbankan oleh tentera Serbia bagi mengabulkan hasrat mereka untuk melaksanakan penghapusan etnik. Bukan sahaja dikorbankan dengan kejam, wanita Muslim di sana turut diperkosa oleh tentera Serbia. Srebrenica yang diumumkan oleh PBB sebagai tempat perlindungan untuk mangsa perang Bosnia telah dieksploitasi oleh tentera Serbia untuk menunaikan cita-cita keji mereka.

Semalam, 613 baki jenazah yang telah dikenal pasti identiti mereka telah dihantar kembali ke Srebrenica untuk dikebumikan semula. Pengebumian diiringi bunga, doa dan tangisan para ibu dan wanita Srebrenica, penderitaan sebuah duka.

Srebrenica
tangisanmu yang sunyi
tanpa ratapan umatmu sendiri
akan tetap di hati…

Comments Off on Srebrenica

Filed under Sejarah

Duhai ibuku!

Terjemahan petikan tulisan Syed Qutb di dalam bukunya, Al-Taswir Al-Fanni fi Al-Quran yang ditujukan kepada ibunya:

Duhai ibuku! Ketika desa kita berkumandang dengan kemerduan gema bacaan Al-Quran di sepanjang bulan Ramadan, engkau mendengarnya dengan bersunguh-sungguh dari balik tabir. Dan apabila aku yang duduk di sisimu berbuat bising seperti anak-anak lain, engkau melarang perbuatanku dengan isyarat dan arahan lalu aku pun akan turut sama mendengarnya sepertimu. Hatiku bergembira menikmati bacaan ayat-ayat yang ajaib itu, walaupun aku masih terlalu muda untuk memahaminya.

Ketika aku membesar di bawah belaianmu, engkau menghantarkan aku ke madrasah tempatan. Keikhlasan hatimu dan doamu yang membawa Allah membuka hatiku dan membolehkan aku menghafaznya. Allah mengizinkan aku menghafaznya dengan senang, dan aku duduk di sampingmu membaca ayat-ayat Al-Quran. Aku akhirnya menghafaz seluruh Al-Quran dan sebahahian daripada impianmu telah dipenuhi.

Duhai ibu! Bayi yang kecil, anak lelaki yang remaja, sedang menghadiahkanmu buah-buah daripada didikan dan jagaan memanjangmu. Andainya suaranya tidak merdu, ia dia – bagai seri penghuraian dan pentafsiran.

Dipetik daripada buku biografi tentang beliau terbitan DBP.

Comments Off on Duhai ibuku!

Filed under Sejarah, Seni & Sastera

Duhai ayahku!

Tulisan Syed Qutb di dalam buku beliau yang bertajuk Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran yang ditujukan kepada ayah beliau:

“Duhai ayahku! Aku tujukan tulisanku ini untuk rohmu.

Aku masih seorang anak-anak apabila kau semaikan rasa takut kepada Hari Pembalasan dalam perasaanku. Tidak pernah engkau mengherdikku tetapi engkau mengarahkan hidupmu di depanku, seolah-olah perhitungan Hari Penentuan telah meresap dalam jiwamu. Engkau mengingatinya sepanjang masa, di lidahmu, di hatimu, dan di dalam rohmu. Di samping melaksanakan tugas-tugas dan hak-hak ke atas orang lain, engkau pamerkan keterbukaan hatimu dan sifat pemaafmu. Engkau bertindak demikian kerana pertimbangan sebenar pada hari kebangkitan. Engkau memaafkan kesalahan orang lain walaupun engkau boleh bertindak serupa dengan mereka kerana engkau menganggapkan bertindak serupa boleh mengurangi kemulianmu pada Hari Pembalasan. Kadangkala engkau memberikan kepada orang lain sesuatu yang engkau sendiri perlukan dan engkau menyebutkan bahawa engkau memperoleh ganjarannya di akhirat nanti.

Wajahmu yang terbayang dalam ingatanku. Apabila kita selesai makan, engkau akan membacakan ayat-ayat Al-Quran dan menyedekahkannya untuk kedua-dua ibu bapa. Kami anak-anak kecil akan turut sama membaca ayat-ayat Al-Quran yang dipetik di sana-sini, yang belum kami hafaz lagi.”

Dipetik daripada biografi beliau, terbitan DBP.

Comments Off on Duhai ayahku!

Filed under Sejarah, Seni & Sastera

7 perawi hadis terbanyak

Selak-selak majalah I keluaran Januari 2010, terjumpa satu fakta yang menarik untuk dikongsi. Senarai nama sahabat mengikut bilangan hadis yang diriwayatkan oleh mereka:

1. Abu Hurairah – 5374 hadis

2. Abdullah bin Umar – 2630 hadis

3. Anas bin Malik – 2286 hadis

4. Aisyah – 2210 hadis

5. Abdullah bin Abbas – 1660 hadis

6. Jabir bin Abdullah – 1540 hadis

7. Abu Said Al-Khudri – 1170 hadis

Comments Off on 7 perawi hadis terbanyak

Filed under Islam, Sejarah