Monthly Archives: December 2010

Kalam Timur – A. Aziz Deraman

Tak perlu untuk dihuraikan dengan panjang lebar. Maksud yang ingin disampaikan sudah dipadatkan dalam beberapa rangkap yang singkat, cuma terserah kepada akal untuk menilai. Kalau tidak memahaminya, janganlah disalahkan penulis sajak ini atau pemilik blog ini sebelum berfikir panjang.

Penulis ialah seorang ahli akademik dan sasterawan besar tanah air dan pernah menjadi ketua pengarah DBP (1994 – 2004).

 

Kalam Timur

Agama di kepala
bangsa di dada
tanah air di rasa
geletar dalam petaka
sakit teriak tangis di panggung tragis
pentas makin terbuka
di tangan onar petualang
wayang seancak berpesta
dalang bertukar pendusta
geger di bendul demokrasi
cendekia hilang peri.

Di manakah kalam timur?
unjuk muka keluar bertempur
buka mulut khabarkan warta
kebenaran luka duka bangsa
durjana kian berani memusnah
makmur nusa akan punah ranah
baca, baca, tulis hakikat sejarah
pegang kitab suci fahami sirah.

A AZIZ DERAMAN
Kuala Terengganu

Comments Off on Kalam Timur – A. Aziz Deraman

Filed under Seni & Sastera