Diri Yang Sebenar Dan Ikhlas

Sajak saya yang pernah disiarkan di akhbar Berita Harian 30 Ogos 2008. Masih mencari kalau-kalau ada insan di luar sana yang menyimpan naskhah keluaran ini. Kepada yang berminat silalah hayati…

DIRI YANG SEBENAR DAN IKHLAS

Oleh: Mohamad Azrul Azly bin Zarul Fuad

Diri yang sebenar
Tika sendiri di kamar
Mata manusia di luar
Hati dicakar nafsu mencalar
Syaitan meliar dosa menjalar
Adakah iman cukup tegar?

Diri yang sebenar
Tika amarah dibakar
Saat maruah dicabar
Caci dilontar mulut menyelar
Fitnah disebar jasad dikasar
Adakah jiwa mampu bersabar?

Diri yang ikhlas
Tika khidmat tidak dibalas
Tiada langsung rasa culas
Tugas digalas hasilnya memas
Tetap membalas tidak memeras
Akhirat nanti akan dijelas.

Sebelum Isyak
14 Ogos 2008
Mansoura, Mesir.

Advertisements

Comments Off on Diri Yang Sebenar Dan Ikhlas

Filed under Seni & Sastera

Comments are closed.