Resah Separuh Dekad

Hari ini ialah 2 Oktober 2009. Sudah genap 4 tahun saya berada di Mesir semenjak 2 Oktober 2005. Persoalannya, setelah 4 tahun melalui kehidupan di Mesir, bumi berkat dan penuh rahmat ini, apakah cukup bekalan pengalaman yang telah saya bungkus untuk dibawa ke Malaysia nanti?

Mesir terkenal sebagai bumi tarbiah, adakah tarbiah yang diterima benar-benar telah dihayati dan membentuk diri sebagai seorang pemuda Muslim tonggak perubahan umat?

Mesir juga terkenal sebagai bumi sejarah, adakah saya telah menghadam sejarah-sejarah sejak daripada zaman para rasul dahulu sehingga zaman moden kini sebagai panduan kehidupan masa depan?

Mesir juga sinonim dengan Al-Azhar, Imam Syafie, dan ramainya syeikh serta ulama, adakah saya benar-benar serius dalam menuntut ilmu-ilmu Allah bagi melengkapkan diri sebagai seorang Muslim dan daie?

Mesir dan kedoktoran, juga bukan suatu yang asing, adakah selama 4 tahun saya menuntut ilmu perubatan daripada profesor-profesor hebat di Mesir ini telah cukup untuk persediaan sebagai seorang doktor di Malaysia nanti?

Mesir ialah negara Arab, saya sudah boleh bertutur dan membaca bahasa Arab dengan baikkah?

Barangkali saya akan kembali ke Malaysia selepas 4 tahun, namun banyaknya mutiara yang masih berciciran…

Tajuk: Resah separuh dekad

Hati risau dan resah amat
Sudah hampir separuh dekad
Tergapai-gapai di bumi rahmat
Di dasar masa yang amat terhad.

Helaian ilmu masih belum lekat
Bekalan pengalaman masih belum pekat
Tutur percakapan masih tersekat-sekat
Puncak pemikiran masih jua singkat.

Adakah kerana kurangnya berkat
Disebabkan banyaknya perlakuan maksiat
Dan gemar pula untuk berehat-rehat?

Sedarlah cepat-cepat, sebelum terlambat
Kembalilah kepada matlamat
Tolehlah daripada penghujung yang sesat
Bersedialah demi keperluan umat
Dan keselamatan di dunia akhirat.

26 September 2009
Syari’ Samanoudi, Mansurah.

Advertisements

9 Comments

Filed under Uncategorized

9 responses to “Resah Separuh Dekad

  1. aduuhh..sggh hebat nukilan saudara..mengingatkn aku yg sering hanyut..

  2. Assalamualaikum.. mantap abe azrul, sege….. mabruk…!!!

  3. isa

    salam akhi.
    langkahan pertama yg penuh bergaya…
    siiruu ala barakatillah…

  4. aduih….abg dah nak masuk tahun ke enam dah duduk kat mesir nih….bila baca persoalan yang diutarakan….pedih sungguh nak jawab….thanx for those muhasabah

    • azrulazly

      Saya pun sepanjang 4 tahun ni krg sgt bergaul dan mencedok ilmu drpd senior2 tercinta… Maaf…

  5. sesungguhnya betulllah kata imam HAB

    tanggujawab yg ada melebiha dari masa yg ada
    semoa terus thabit di atas jalan ini

    salam ceria dr jordan